InsPeK UMK harumkan nama Malaysia

Iklan
Razli (tengah) mewakili InsPeK UMK pada Majlis Penyampaian Anugerah Anugerah Aziz-Ul Haq Rural Development Medals di Bangkok, Thailand.

KOTA BHARU - Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Aziz-Ul Haq Rural Development Medals dari the Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) di Bangkok, Thailand, pada Khamis.

Menariknya, UMK menjadi universiti tempatan pertama menerima anugerah dari organisasi CIRDAP yang dianggotai oleh 15 negara, iaitu Afghanistan, Bangladesh, Fiji, India, Indonesia, Iran, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Philippines, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam.

Iklan
Iklan

Naib Canselor UMK, Datuk Dr Razli Che Razak berkata, pencapaian InsPeK UMK di peringkat antarabangsa ini dinilaikan berdasarkan pengurusan efisien oleh InsPeK yang menyumbang kepada pembangunan luar bandar, termasuklah meningkatkan kualiti hidup, menguruskan kemiskinan dan bersama dalam isu keterjaminan makanan kepada masyarakat luar bandar di Malaysia.

"Justeru, InsPeK UMK kini menjadi organisasi contoh di peringkat Asia dan Pasifik dalam menguruskan isu masyarakat luar bandar dan kemiskinan.

Iklan

"Anugerah ini memberi satu pengiktirafan yang tertinggi di peringkat Asia kepada InsPeK UMK di atas kemurnian, kesungguhan, komitmen dan keberkesanan dalam menguruskan masyarakat luar bandar, khususnya berkaitan kemiskinan,” katanya pada Majlis Penyampaian Anugerah Anugerah Aziz-Ul Haq Rural Development Medals.

InsPeK UMK mengharumkan nama Malaysia apabila menerima Anugerah Aziz-Ul Haq Rural Development Medals dari the Centre on Integrated Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) di Bangkok, Thailand, pada Khamis.

Majlis kali ke-24 itu dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand secara giliran.

Iklan

Sementara itu Pengarah InsPeK, Profesor Dr Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail berkata, anugerah ini amat bermakna kepada InsPeK UMK bersempena umurnya genap 10 tahun pada tahun 2024, yang telah ditubuhkan sejak tahun 2014.

"InsPeK UMK adalah antara 10 penerima dalam kategori organisasi yang menerima anugerah anjuran kali ke-24 ini, bersama dengan penerima dari negara lain, iaitu negara Kuwait, Philippines, Bangladesh, Thailand dan Myanmar.

"Pemilihan InsPeK UMK yang mewakili Malaysia bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas pihak komite eksekutif CIRDAP dari pelbagai negara ahli telah bersidang pada 23 September 2023 untuk mencari calon yang berpotensi untuk menerima anugerah ini.

"Kemudian, pada 28 Februari 2024 komite eksekutif telah memutuskan bahawa InsPeK UMK adalah wakil Malaysia untuk menerima anugerah ini setelah lulus saringan ketat dengan kriteria yang khusus,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!