Bekas PM Thailand, Thaksin tidak cabut ke luar negara selepas ini

Iklan
Thaksin (depan) dilihat duduk di sebelah Srettha semasa makan malam Chiang Mai. AFP

BANGKOK - Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra 'berkeras' untuk kekal berada di negara ini bagi melawan dakwaan fitnah raja, lapor Bloomberg.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Srettha Thavisin bagi meredakan kebimbangan bahawa Thaksin akan melarikan diri seperti mana dilakukan sebelum ini.

Iklan
Iklan

Srettha berkata bahawa Thaksin 'bersedia berjuang dan tidak akan pergi ke mana-mana' dan bekas perdana menteri akan berdepan dengan dakwaan dikenakan terhadapnya berhubung kes lese majeste pada 18 Jun depan.

Pada 2008, Thaksin berdepan tuduhan rasuah telah bertindak melarikan diri bersama keluarganya dan tinggal dalam buangan selama 15 tahun dan kembali ke tanah air pada Ogos tahun lalu.

Iklan

Pertuduhan itu berpunca semasa Thaksin ditemuramah di Seoul pada 2015 yang disifatkan pendakwa bahawa bekas perdana menteri itu melanggar Artikel 112 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun bagi setiap kesalahan kerana memfitnah monarki.

Kes itu akan menyebabkan Thaksin berkemungkinan merengkok dalam penjara semula di mana beliau sebelum ini berada dalam parol selepas dijatuhkan hukuman berkaitan kes rasuah.

Iklan

Thaksin kembali ke Thailand selepas hidup dalam buangan yang sebahagian daripada perjanjian tentera semasa junta tentera menggulingkan beliau dan adiknya, Yingluck Shinawatra. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!