10 awal Zulhijah terkandung semua ibadah, hari paling baik dalam setahun

Iklan
PERBANYAKKAN bertahlil, bertakbir dan bertahmid serta amal ibadah yang lain sepanjang 10 awal Zulhijah. Foto CANVA

BULAN Zulhijah merupakan salah satu daripada empat bulan haram di dalam Islam dan disebut juga sebagai bulan haji dek kerana kemuncak pelaksanaan ibadah haji berada pada bulan ini.

Terdapat pelbagai kelebihan yang besar buat kita pada bulan terakhir dalam kalendar Islam ini terutamanya pada 10 hari pertamanya.

Iklan
Iklan

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi menjelaskan, antara kelebihan 10 awal Zulhijah itu adalah pahalanya yang lebih besar daripada jihad.

PROF MADYA DR AHMAD SANUSI

Iklan

Beliau merujuk kepada sepotong hadis Rasulullah SAW: "Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini.” Para sahabat bertanya:"Walaupun jihad?”

Baginda menjawab:"Tidak juga jihad kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan dia tidak kembali lagi.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Iklan

Himpunan semua ibadah utama

"Himpunan amalan-amalan ini tidak akan berlaku dalam hari-hari lain.

"Oleh sebab itu Rasulullah SAW mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun,” jelasnya.

BERSEDEKAH salah satu amalan yang boleh dilakukan pada 10 awal Zulhijah. Foto CANVA

Beliau merujuk kepada hadis Rasulullah SAW: "Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Bazzar)

Tambahnya lagi, atas dasar itu Imam Ibnu Taimiyyah menganggap 10 hari pertama dalam bulan Zulhijah ini lebih utama daripada 10 hari terakhir bulan Ramadan seperti dinukilkan dalam kitab Majmu’ Fatawa.

KELEBIHAN 10 awal Zulhijah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai lebih utama berbanding hari lain dalam setahun memandangkan terhimpunnya ibadah utama umat Islam termasuk haji. Foto CANVA

"Sabda Rasulullah: "Tidak ada hari yang lebih besar di sisi ALLAH dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh ALLAH supaya beramal di dalamnya melainkan 10 hari ini.

"Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)