Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Gambar fail Bernama

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Khamis susulan peningkatan spekulasi kemungkinan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dalam keadaan tanda-tanda kelembapan ekonomi di AS.

Pada penutupan dagangan, Jun 2024 meningkat kepada AS$2,370.2 setiap auns troy daripada AS$2,341.2 setiap auns troy manakala Julai 2024 menokok kepada AS$2,377.0 setiap auns troy daripada AS$2,348.0 setiap auns troy auns semalam.

Iklan
Iklan

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing ditutup tinggi pada AS$2,392.2 setiap auns troy daripada AS$2,364.40 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menambah kepada 34 lot daripada tujuh lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 53 kontrak daripada 27 kontrak.

Iklan

Harga emas fizikal berada pada AS$2,340.05 setiap auns troy auns, berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 5 Jun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan