AIM diiktiraf institusi kewangan mikro terbaik di Malaysia

Iklan
Ramanan (kiri) menyampaikan Anugerah Ikon Kepimpinan Nasional 2024 untuk Kewangan Mikro kepada Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz (tengah). Foto FB Ramanan

KUALA LUMPUR - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) diiktiraf sebagai Institusi Kewangan Mikro Terbaik di negara ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan dalam hantaran di Facebook pada Khamis berkata, turut membanggakan apabila Pengarah Urusan AIM, Mohamed Shamir Abdul Aziz dijulang sebagai penerima Anugerah Ikon Kepimpinan Nasional 2024 untuk Kewangan Mikro.

Iklan
Iklan

"Pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kecemerlangan Mohamed Shamir dan pasukan AIM untuk memperkasa usahawan mikro di seluruh negara selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan sosioekonomi serta agenda Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat,” katanya.

Ramanan merasmikan dan menyampaikan anugerah berkenaan pada Majlis Anugerah Personaliti dan Industri Usahawan Malaysia anjuran portal SME No.1 Malaysia, Niaga Times baru-baru ini.

Iklan

Menurutnya pada tahun lepas, AIM menyalurkan dana pinjaman yang besar iaitu sejumlah RM2.6 bilion kepada seramai 320,000 usahawan yang merupakan Sahabat AIM.

"Tambahan lagi, melalui inisiatif yang saya umumkan iaitu Prosperity, Empowerment and a New Normal (PENN) dengan dana tambahan sebanyak RM50 juta khas untuk sahabat usahawan wanita kaum India.

Iklan

"Saya sangat berbangga apabila melihat AIM menerima anugerah yang merupakan satu pengiktirafan kepada usaha dan gerak kerja Kuskop untuk memperkasa usahawan daripada pelbagai aspek dengan memberikan latihan bimbingan keusahawanan yang bersesuaian dan bantuan pembiayaan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, perusahaan mikro, kecil dan sederhana di negara ini adalah tulang belakang kepada ekonomi negara dan segala usaha mereka untuk mengembangkan perniagaan ke tahap lebih tinggi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!