Pesakit mental maut dirempuh lori

Iklan
Mangsa yang juga pesakit mental disahkan maut di lokasi kejadian di Batu 3 Jalan Apas, Tawau.

TAWAU - Seorang lelaki yang juga pesakit mental maut dirempuh lori dalam kejadian kemalangan di Batu 3 Jalan Apas di sini pada awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kemalangan kira-kira jam 4.40 pagi itu melibatkan mangsa yang berjalan kaki dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati lori tersebut dari arah Taman Kuhara Jaya menuju ke Pekan Semporna.

"Sebaik tiba di lokasi, tiba-tiba muncul seorang pejalan kaki yang tidak pasti datang dari arah mana dan menyebabkan pemandulori terus menekan brek untuk cuba mengelak.

Iklan

Katanya lagi, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaannya rosak di bahagian hadapan.

"Siasatan lanjut mendapati pejalan kaki berusia 44 tahun dan merupakan seorang pesakit mental yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).

Iklan

"Pihak Polis masih meneruskan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!