Fahmi sampaikan Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Agong kepada TYT Pulau Pinang

Iklan
Fahmi (kiri) menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara pada Khamis.

GEORGE TOWN - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Khamis menyampaikan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara di sini.

Fahmi, selaku Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong berkata, istiadat pertabalan yang berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini memberi peluang kepada rakyat untuk memahami dan memupuk rasa cinta terhadap institusi diraja.

Iklan
Iklan

"Kami di Kementerian Komunikasi sedang menyelaras pelbagai aktiviti yang boleh diadakan sepanjang minggu menuju ke hari pertabalan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lepas.

Iklan

Pada 16 Mei lepas, Fahmi berkata, kerajaan dengan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong akan melaksanakan pelbagai acara sempena istiadat penuh simbolik itu yang berlangsung lima tahun sekali.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Sembang Santai Komuniti MADANI Parlimen Nibong Tebal dan melakukan lawatan kerja ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Bakap dekat sini.- Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!