'Tempahan kerbau sempena Aidiladha hanya cecah 30 peratus jualan'

Iklan
Muhammad Faris Aiman menunjukkan kerbau antara ternakan yang rendah diterima pada tahun ini.

KUANTAN - Tempahan kerbau untuk ibadah korban sempena Aidiladha tahun ini hanya mencecah 30 peratus penjualan.

Penternak kerbau dan lembu, Muhammad Faris Aiman Yusoff, 24, berkata, angka ini jauh lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Permintaan kerbau sangat sedikit ini mungkin disebabkan bilangan besar penduduk di daerah Kuantan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu, jadi mereka kurang gemar makan daging kerbau.

Muhammad Faris Aiman

"Lagi pun, daging kerbau ini uratnya kasar dan lebih sesuai untuk masakan opor berbanding daging lembu boleh dijadikan gulai dan digoreng," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Bukit Goh, di sini pada Khamis.

Iklan

Anak bongsu daripada tujuh beradik itu memberitahu walaupun jualan kerbau perlahan, namun dia masih mampu menjual lebih 170 lembu tempatan Kedah-Kelantan termasuk lembu sado baka Brahaman dan Charolais serta Bali.

Kerbau yang diternak Muhammad Faris Aiman hanya meraih jualan sekitar 30 peratus sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini

Jelasnya, ternakan ini akan diagih selewat-lewatnya sehari sebelum Aidiladha.

Iklan

"Mereka membuat pembelian antara 10 hingga 18 ekor lembu selepas berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan sejak dua tahun lalu," ujarnya.

Muhammad Faris Aiman yang berkelulusan Politeknik Jeli, Kelantan berkata, tawaran harga berpatutan dan perkhidmatan penghantaran percuma menjadi kelebihan ternakan kerbau serta lembu mendapat permintaan daripada pelanggan.

Salah seorang pekerja Muhammad Faris Aiman memberi makanan kepada lembu yang tempah untuk ibadah korban pada tahun ini.

"Saya hanya meletakkan harga RM4,500 hingga RM6,500 untuk seekor kerbau manakala lembu pula sekitar RM4,000 hingga RM6,500.

"Selain itu, saya memastikan ternakan saya dalam keadaan sihat dan memberi makanan mencukupi sebelum diagihkan kepada pembeli," ujarnya yang mempunyai empat pekerja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!