[VIDEO] Reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari

Iklan

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember tahun lalu, disambung selama enam hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret, Ainaa Muhamad Kamal mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan
Iklan

Pasangan suami isteri itu yang berbaju lokap berwarna ungu direman sehingga Rabu ini.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding itu, memandangkan ia masih lagi di peringkat permohonan untuk siasatan.

Iklan

Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 1 Jun lalu.

Pasangan suami isteri itu yang berbaju lokap berwarna ungu dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi permohonan sambung reman.

Sementara itu, peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu berkata, pihak polis memohon untuk menyambung reman, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Dua anak guam saya tidak perlu ditahan dengan lebih lama, mereka sepatutnya dilepaskan tapi mahkamah berpendapat, ada alasan untuk menahan mereka.

"Sama ada wujud kes atau sebaliknya, mereka harus dilepaskan minggu depan,” katanya.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!