Jia Xin mohon adakan semula sesi rayuan - ADAMAS

Iklan
Jia Xin digantung dua tahun selepas didapati positif ujian doping.

ATLET lompat tinggi wanita negara Ngu Jia Xin, memohon untuk diadakan prosiding rayuan semula, selepas gagal menghadirkan diri seperti ditetapkan Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) pada 18 Mac.

Pengarah ADAMAS, Azura Abidin berkata, sesi rayuan baharu tersebut dijangka diadakan sebelum Sukan Olimpik 2024 di Paris, yang berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Iklan
Iklan

"Kita masih belum pastikan tarikh sesuai untuk mengadakan sesi prosiding rayuan seperti diminta Jia Xin, memandangkan ADAMAS ketika ini sibuk menguruskan hal berkaitan Sukan Olimpik 2024 dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, Ogos ini,” katanya.

Jia Xin sedang menjalani hukuman penggantungan selama dua tahun bermula 2 Jun 2023 hingga 1 Jun 2025 daripada menyertai sebarang kejohanan, selepas disahkan positif doping.

Iklan

ADAMAS mendapati atlet berkenaan positif bahan terlarang sibutramine pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Februari tahun lepas.

April lepas, Azura memaklumkan ADAMAS telah menghubungi Jia Xin untuk menghadiri sesi prosiding rayuan berkenaan, namun usaha mereka menemui jalan buntu selepas atlet berusia 23 tahun gagal berbuat demikian.

Iklan

Bagaimanapun, Azura berkata, mereka telah meminta bantuan KOM sekali gus menyaksikan badan induk sukan olahraga negara itu berjaya mengesan Jia Xin, selepas pihaknya mengekalkan hukuman penggantungan kepada atlet dari Perak itu.

Walaupun Jia Xin gagal menghadirkan diri Mac lepas, beliau berkata atlet tersebut masih lagi wajar diberi peluang kedua membuat rayuan dan menjalani sesi pendengaran yang adil dinilai oleh jawatankuasa mengendalikan kes tersebut.

"Jia Xin masih mahu aktif, kita cuma perlu berinya peluang. Dia masih muda dan ada potensi,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!