SkyWorld, Alliance Bank bekerjasama tawar pembiayaan tambahan rumah sehingga RM150,000

Iklan
(Dari kiri) ketua Jualan SkyWorld, Desmond Tan; Ketua Gadai Janji Alliance Bank, Kan Boon Wai; Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng; Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank, Gan Pai Li; Ketua Alliance Bank (Kad dan Pinjaman), Edwin Lee dan Ketua Advokasi Pelanggan SkyWorld, Christy Yeap.

PEMAJU bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) bekerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) untuk menawarkan pembiayaan tambahan sehingga RM150,000 kepada pembeli rumah menerusi produk Alliance Home Complete.

SkyWorld dan Alliance Bank dalam satu kenyataan bersama berkata, produk yang tersedia kepada pelanggan pinjaman rumah Alliance Bank itu direka untuk memudahkan pemilikan kediaman serta mengembangkan pilihan kewangan mereka.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, dengan pembiayaan tambahan tersebut, pemilik rumah boleh memilih platform e-dagang yang dipertingkat dan dibangunkan pihaknya iaitu Solution untuk merealisasikan kediaman impian.

Menurutnya, perkhidmatan berkenaan membolehkan pemilik rumah menyesuaikan kediaman mengikut keperluan dengan perkhidmatan dari reka bentuk dalaman, pengubahsuaian, langganan syarikat telekomunikasi hingga perkhidmatan sewa.

Iklan

"Itulah sebabnya kerjasama kami dengan Alliance Bank sangat penting. Kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pemilikan rumah dengan ketara dan memberikan nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami.

"Dengan sokongan tambahan daripada Alliance Home Complete, pelanggan juga boleh mengakses bantuan pembiayaan komprehensif Solution bagi memastikan permulaan yang lebih lancar,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Perbankan Pengguna Kumpulan Alliance Bank, Gan Pai Li berkata, kerjasama itu menunjukkan sokongan pihaknya untuk memperkasakan pemilik rumah dengan penyelesaian kewangan inovatif sesuai dengan keperluan dinamik mereka.

"Perkongsian strategik ini sejajar dengan cadangan 'The Bank For Life', membolehkan kami menjadikan rumah idaman pelanggan menjadi realiti dengan menawarkan mereka lebih fleksibiliti dan kemudahan dalam memperibadikan ruang kediaman mereka,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!