Usah terjerat iklan pelaburan di media sosial

Iklan
Ramli Mohamed Yoosuf

KUALA LUMPUR - Jangan sesekali percaya dengan janji manis 'sifu' pelaburan yang diiklankan menerusi platform media sosial menawarkan keuntungan besar pada kadar segera.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya sangat yakin bahawa tiada satu pelaburan yang diiklankan menerusi media sosial mampu memberi pulangan seperti mana dijanjikan.

Iklan
Iklan

"Janganlah percaya pelaburan di media sosial ini terutama yang memaparkan kemewahan melampau, sebenarnya tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan wang.

"Saya berani cakap, maaf ya kerana ingin menyatakan tidak ada yang betul (iklan pelaburan)," katanya dalam sidang akhbar pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.

Mengulas lanjut, Ramli menegaskan, tiada cara mudah untuk mendapatkan wang dan orang ramai dinasihatkan melakukan pelaburan menerusi Bursa Malaysia atau mana-mana platform yang diiktiraf.

Iklan

Kata beliau, penipuan terjadi membabitkan semua lapisan masyarakat termasuk atlet badminton terkenal tanah air seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Jelasnya, kes itu mendapat liputan meluas kerana kebetulan membabitkan atlet terkenal, malah pada Khamis pihaknya turut menerima laporan penipuan pelaburan berjumlah RM5 juta.

"Jadi saya nasihatkan tolonglah jangan mudah percaya dengan iklan pelaburan di media sosial.

"Ini kerana masih ada yang percaya menerusi pelaburan sebanyak RM300, mereka boleh dapat RM18,000 dalam tempoh tiga jam.

"Saya pun tidak faham kenapa masih ada yang mempercayai tawaran seumpama itu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!