'Ya betul, nasi lemak memang sedap'

Iklan
Katie Morley mengatakan nasi lemak sungguh sedap. - Foto Twitter Katie Morley

LONDON - Setelah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kritikan makanan kegemaran ramai nasi lemak, wanita dari United Kingdom, mencuba sendiri makanan itu dan menyedari hidangan itu sungguh sedap.

Menerusi Twitternya, Katie Morley mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memberi cadangan untuk merasai nasi lemak yang sebenar.

Iklan
Iklan

Ternyata dia mengakui hidangan nasi lemak memang enak berbeza apa yang dirasai ketika menaiki penerbangan British Airways (BA), baru-baru ini.

"Ya anda betul, ia memang sedap!." ciapnya pantas tular di laman sosial.

Iklan

Katie telah mencuba hidangan itu di Chelsea sebuah restoran yang menghidangkan makanan dari Malaysia dan Asia.

Sebelum ini, Katie Morle juga seorang wartawan dikecam teruk oleh netizen apabila mengatakan nasi lemak sebagai hidangan paling teruk.

Iklan

Dia memaklumkan tidak sengaja menghina atau mengutuk nasi lemak sebaliknya sekadar membuat penilaian berdasarkan hidangan yang disediakan oleh BA.

Katanya, kari ayam, telur rebus dan ikan bilis berlendir yang diterimanya itu membuatkannya memberi 'rating' paling rendah hidangan nasi lemak iaitu 0/10.

Kenyataan itu mengundang kemarahan netizen kerana tindakan itu telah menghina makanan yang menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia.

Malah netizen juga memberi cadangan kepada Katie Morley untuk mencuba hidangan sebenar nasi lemak kerana ia jauh berbeza dengan hidangan dari penerbangan tersebut.