PUTRAJAYA - Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan diumumkan minggu depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, beliau telah meminta Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memilih tarikh sesuai bagi mengumumkan nama calon yang akan bertanding nanti.
"Kita telah ada senarai, kita ambil calon yang layak, ramai yang layak dah insya-Allah, kita umum minggu depan.
"Tarikh, saya minta Timbalan Presiden, PKR Rafizi Ramli umum tarikh yang sesuai minggu depan tetapi prosesnya (pemilihan calon) kita bincang, pimpinan parti sudah, kepimpinan PH dan BN, dan kita maklum dalam (mesyuarat) Kerajaan Perpaduan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Sultan Abdul Samad di sini hari ini.
Ditanya adakah calon itu daripada PKR, Anwar berkata:"Setakat ini dicadangkan begitu, tetapi kita muktamadkan dalam mesyuarat nanti”.
Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 22 Jun (Sabtu) dan 2 Julai (Selasa).
Kerusi DUN Sungai Bakap kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut.
PRK Sungai Bakap merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022. - Bernama