Arwah Aizat berbakti kepada orang tua hingga akhir hayat

Iklan
Ahmad (tiga, kanan) menerima sumbangan yang disampaikan oleh Azman (tiga, kiri) dan hadir sama ialah Jasri (kiri) serta Nora (kanan) di Kampung Chenerai, Pasir Mas.

PASIR MAS - Kehilangan anak yang menjadi tempat bergantung bukan mudah untuk diterima oleh pasangan Ahmad Mat Daud, 71, dan Asmah Mamat, 61, dari Kampung Chenerai, di sini.

Pemergian mengejut Muhamad Aizat Fitri Ahmad, 26, pada 30 Mei lalu akibat kemalangan jalan raya berlaku semasa melakukan tugas bancian di Kampung Ana, Tumpat sebagai anggota ponsonel MySTEP di Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurut Ahmad, anak kelima daripada enam beradik itu banyak jasanya kepada dia dan isteri kerana menjaga mereka di kampung.

Ujarnya, Muhamad Aizat Fitri belum berumah tangga dan tinggal bersama mereka.

Iklan

"Semasa hidup dia menjaga kami. Segala keperluan rumah dia yang tanggung.

"Dia sudah tiada pun, masih menanggung kami apabila dimaklumkan oleh pihak PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) arwah layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM1,440 sebulan," katanya.

Iklan

Sebelum itu Ahmad serta isteri menerima kunjungan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Azman Ibrahim, Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob dan Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Jasri Kassim.

Dalam kunjungan tersebut Ahmad menerima Faedah Pengurusan Mayat RM2,000 sekali bayar Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM1,440 sebulan dan kotak prihatin berupa makanan asas.

Menurut Ahmad, faedah yang akan diterima setiap bulan itu dapat meringankan beban dia serta isteri yang tidak bekerja.

Dia memberitahu, kehidupannya dan isteri hanya ditanggung oleh anak-anak.

"Kehilangannya Muhamad Aizat Fitri sukar diganti, namun dengan duit yang ditinggalkan ini akan kami gunakan sebaik mungkin," katanya.