Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji

Iklan
Perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk jemaah haji di Masjid Al-Tanaim dan Al-Hal di kawasan Al-Ji'rranah serta miqat Qarn Al-Manazil dan Wadi Muharram.

MAKKAH - Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi, yang diwakili oleh cawangannya di wilayah Makkah, telah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma untuk jemaah haji di Masjid Al-Tanaim dan Al-Hal di kawasan Al-Ji'rranah serta miqat Qarn Al-Manazil dan Wadi Muharram.

Perkhidmatan ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan teknikal yang diluluskan oleh kementerian untuk pelan haji 1445H, yang bertujuan meningkatkan pengalaman jemaah melalui akses kepada teknologi moden dan platform digital, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Iklan
Iklan

Menurut Saudi Press Agency (SPA), Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.

Lebih menarik, Koleksi Perpustakaan Islam yang memiliki lebih 3,000 bahan undang-undang dan saintifik dalam lebih 45 bahasa boleh diakses melalui Wi-Fi ini.

Iklan

Perkhidmatan percuma itu membolehkan jemaah mencari jawapan kepada soalan berkaitan haji dan menonton video bermaklumat serta panduan yang dihasilkan oleh kementerian. - Bernama-WAM

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan