Inovasi busur mampu gapai impian podium Suresh

Iklan
Suresh (dua dari kiri) menerima busur baharu dari Hannah. Foto Agensi

ATLET para negara, S Suresh memperoleh dos penggalak apabila bakal menggunakan busur spesifikasi terbaharu bagi memburu podium pada Sukan Paralimpik Paris 2024 Ogos depan.

Busur tersebut adalah hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pusat kecemerlangan Institut Sukan Negara (ISN) menerusi 'custom made grip' untuk peralatan sukan memanah.

Iklan
Iklan

Inovasi terbaru itu sudah digunakan sejak November lalu dan ia ternyata berbaloi buat Suresh.

Berbaki 84 hari menjelang Sukan Paralimpik membuka tirai pada 28 Ogos, busur tersebut melalui proses transformasi berkala hasil maklum balas daripada Suresh.

Iklan

"Jurulatih memberi maklum balas bahawa saya berpotensi naik podium dan berharap ia akan menjadi realiti," ujar Suresh.

Beliau akan terus menggunakan teknologi terbaru itu pada kejohanan seterusnya di Republik Czech sebagai persiapan terakhir sebelum ke Paris.

Iklan

Suresh pada Khamis menerima busur berkenaan dari Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!