MPPK selar Tun M, dakwa mahasiswa tiada reaksi terhadap Palestin

Iklan
Mohamed Yusof

GOMBAK - Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa mahasiswa tidak menunjukkan reaksi berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin.

Timbalan Presidennya, Mohamed Yusof Hassan Roslan berkata, pelbagai inisiatif yang dilakukan mahasiswa terutama di media sosial bagi menunjukkan sokongan mereka kepada negara berdarah itu.

Iklan
Iklan

"Dengan tindakan ini sudah memberikan pendedahan kepada khalayak umum yang pelajar Malaysia memang serius terhadap isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Himpunan Solidariti Perdana Siswa Malaysia bersama Palestin di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada Jumaat.

Iklan

Pada 29 Mei lalu, media melaporkan, Dr Mahathir mendakwa penuntut universiti di negara-negara Islam tidak banyak memberikan reaksi berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin.

Beliau turut mempersoalkan mengapa penuntut universiti di negara ini tidak menyuarakan bantahan terhadap rejim Zionis itu.

Iklan

Dalam pada itu, menurut Mohamed Yusof, MPPK turut meminta mahasiswa untuk menjalankan aktiviti memboikot di dalam dan luar kampus.

"Banyak juga syarikat yang diboikot sudah tutup kerana bankrap.

"Ini hanya perkara kecil yang kami lakukan untuk membuktikan sokongan kepada rakyat Palestin,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!