Evangeline Lilly ucap selamat tinggal

Iklan
Lilly mahu memberi tumpuan terhadap penulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai menerusi cara kemanusiaan.

AKTRES Evangeline Lilly mengucapkan selamat tinggal kepada dunia Hollywood dan memberitahu 'mungkin kembali suatu hari nanti'.

Menerusi laporan Variety, bintang drama bersiri Lost itu membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, di mana dia berkongsi video yang dirakam pada tahun 2006 mengenai hasratnya untuk bersara dalam tempoh sedekad akan datang.

Iklan
Iklan

"Saya ingin menulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara kemanusiaan,” kata Lilly dalam video itu.

Dalam kapsyennya pada video yang disiarkan pada 3 Jun 2024, Lily menulis:"Saya berasa penuh kegembiraan dan kepuasan hari ini kerana saya akan menjalani visi saya. Melangkah dari apa yang kelihatan seperti pilihan jelas (kekayaan dan kemasyhuran) kadangkala boleh menimbulkan ketakutan, tetapi melangkah ke dalam dharma anda akan menggantikan ketakutan dengan kepuasan.

Iklan

"Saya mungkin kembali ke Hollywood suatu hari nanti, tetapi buat masa ini, inilah tempat saya berada," kongsinya.

Sebelum itu, dalam satu temu bual bersama Variety, Lilly berkata, dia sudah memperlahankan karier lakonan sejak tiga tahun lalu atau lebih tepat lagi selepas selesai menjalani penggambaran filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

Iklan

"Ada sesuatu yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada saya. Saya boleh kembali esok, dua tahun dari sekarang atau tidak sama sekali, tetapi buat masa ini saya tidak secara aktif meneruskan apa-apa kerja dalam industri serta tidak terikat di bawah kontrak dengan sesiapa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!