Anwar terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri New Zealand

Iklan
Anwar mengadakan pertemuan dengan Winston Peters ketika menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri New Zealand yang juga Menteri Luar itu, di Perdana Putra pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar New Zealand Winston Peters.

Peters yang dalam lawatan kerja empat hari ke Malaysia tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 5 petang.

Iklan
Iklan

Malaysia merupakan persinggahan kedua dalam lawatan Peters ke empat negara Asia Tenggara selepas Vietnam, lawatan yang mencerminkan dasar-dasar New Zealand yang mengutamakan kerjasama dengan negara-negara di rantau sedang membangun yang dinamik.

Pesawat komersial yang membawa Peters bersama delegasinya mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang semalam.

Iklan

Malaysia dan New Zealand memulakan hubungan diplomatik pada 25 September 1967 dan sejak itu hubungan antara kedua-dua negara terus kukuh dan stabil.

Malaysia secara konsisten menyambut baik kehadiran pelancong yang semakin meningkat dari New Zealand setiap tahun, dengan 18,238 pelancong melawat negara pada 2022. Selain itu 17,000 rakyat Malaysia ketika ini menetap di New Zealand.

Iklan

Di rantau Pasifik, Malaysia merupakan rakan dagangan kedua terbesar New Zealand, dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah RM6.32 bilion (AS$1.42 bilion) setakat Jun 2023. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!