Warga emas rugi RM1.2 juta diperdaya 'Sharebooster'

Iklan
M Kumar. Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki warga emas kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran skim simpanan tetap dikenali sebagai"sharebooster” pada tahun 2020.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, mangsa, pengarah sebuah syarikat swasta berusia 62 tahun, telah ditawarkan oleh seorang kenalannya yang bertugas di institusi kewangan tempatan untuk menyertai skim yang dikendalikan oleh institusi berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, individu itu menjanjikan dan meyakinkan mangsa bahawa skim tersebut memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding institusi kewangan lain.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut telah menyerahkan cek pembayaran berjumlah RM1.8 juta.

Iklan

Kumar berkata, mangsa yang berasa curiga telah membuat semakan dengan institusi kewangan berkenaan dan mendapati hanya RM600,000 daripada keseluruhan bayaran yang dibuat ada dalam akaun simpanan tetap miliknya.

"Hasil semakan lanjut, mangsa mendapati beberapa cek bayaran berjumlah RM1.2 juta yang diserahkan kepada suspek tidak didepositkan ke dalam akaun miliknya, sebaliknya ke lain-lain akaun atas penama yang tidak dikenali, sebelum dia bertindak membuat laporan polis pada Rabu (5 Jun),” katanya.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!