Malaysia ulangi pencapaian AUFT Taiwan 2019

Iklan
Pemain Malaysia melakukan percubaan ke arah gawang Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat kelima keenam AUFT 2024 di ASAH UKM, Bangi. Foto Sukan IPT

SKUAD bola sepak negara melabuh tirai kempen Kejuaraan Persekutuan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024 dikedudukan kelima terbaik selepas menewaskan Vietnam, 2-1 dalam aksi klasifikasi kelima keenam di Arena Sukan Azman Hashim (ASAH) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Anak buah Ridzuan Abu Shah yang tampil dengan misi meraih kemenangan bagaimanapun dikejutkan jaringan Duy Troung Dang minit ke-32.

Iklan
Iklan

Biarpun begitu skuad negara segera memberikan respons positif apabila menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Zharif Nazhan Refli minit ke-35 bagi kedudukan 1-1 separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan meningkatkan tekanan bagi memburu gol kemenangan, sebelum Zahrul Nizam Zamri menoktahkan tekanan Vietnam dengan jaringan minit ke-77 untuk kedudukan 2-1.

Iklan

Sementara itu, Ridzuan menyifatkan kejayaan skuad negara mengakhiri kempen dikedudukan kelima menyamai pencapaian edisi AUFT Taiwan 2019.

"Terima kasih kepada semua barisan kejurulatihan dan pegawai pasukan, selain semua pemain-pemain yang terlibat selain daripada penyokong-penyokong pasukan universiti.

Antara aksi Malaysia menentang Vietnam dalam perlawanan penentuan tempat kelima keenam AUFT 2024 di ASAH UKM, Bangi. Foto Sukan IPT

Iklan

"Penhargaan kepada KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) yang menjadi tuan rumah AUFT 2024, kejuaraan ini bagi saya antara usaha melahirkan pemain berwawasan dalam karier sukan dan kehidupan moving forward," katanya kepada Sukan Sinar.

Mengenai cabaran seterusnya, Ridzuan berkata, beliau dan barisan kejurulatihan sedang usaha memantapkan persediaan skuad Malaysia Football University Team bagi mengharungi saingan domestik.

"Kami dalam persediaan untuk memulakan kempen Pusingan 16 Piala FA berdepan PDRM FC pada 12 Jun ini, sebelum menyingkap kempen saingan Liga A1 Semi-Pro pada 22 Jun," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!