Bunga Raya 15s waspada muslihat Hong Kong

Iklan
Pemain Bunga Raya 15s, S Sameer mendakap kemas bola lontaran ke dalam ketika aksi Malaysia menentang Korea Selatan di Incheon pada Ahad lalu. Foto: KRM

KEMENANGAN merupakan misi utama skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara berdepan juara bertahan Hong Kong dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kejuaraan Ragbi Asia (ARC) 2024 di Stadium Universiti Putra (UPM), Serdang pada Sabtu.

Malah pengendali Bunga Raya 15s, Mohd Farid Syazwan percaya aura Stadium UPM akan menjadi dos penggalak pasukan untuk bangkit dari permulaan hambar ketika tewas kepada Korea Selatan pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

"Tiada istilah magis dalam ragbi tetapi berdasarkan pengalaman tahun lalu, apabila bermain di tanah air sendiri para pemain akan bermain bermati-matian walaupun Hong Kong memiliki banyak kelebihan terutama dari segi kekuatan dan kepantasan.

"Biarpun begitu saya percaya bahawa pemain-pemain kita banyak belajar daripada pengalaman ketika tewas kepada Korea Selatan tempoh hari.

Iklan

"Pada ketika ini pemain-pemain Bunga Raya 15s negara bermotivasi tinggi menyahut cabaran untuk mewakili negara berdepan gergasi ragbi Asia Hong Kong.

"Saya mohon komuniti ragbi Malaysia doakan kejayaan buat skuad negara dalam perlawanan ini," katanya kepada Sukan Sinar.

Sebelum ini skuad ragbi Bunga Raya 15's menyingkap kempen ARC 2024 langkah kiri apabila tewas 5-55 kepada Korea Selatan di Stadium Ragbi Asiad Namdong, Incheon pada Ahad lalu.

Iklan

Sementara Hong Kong pula menyingkap kempen dengan kemenangan 52-5 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Kelab Bolasepak Hong Kong.