Bayi lapan bulan derita jantung berlubang, tiada lubang dubur

Iklan
Muhammad Ayden Adrian memerlukan dana bagi menjalani pembedahan untuk membuat lubang dubur yang dijadualkan pada Disember depan.

MELAKA - Seorang ibu muda reda apabila anak sulung yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu diuji dengan menghidap jantung berlubang dan tiada lubang dubur.

Nor Admira Mazlan, 18, dari Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini berkata, pada awal kelahiran Muhammad Ayden Adrian Muhammad Idris yang kini berusia lapan bulan, dia sukar untuk menerima kenyataan anaknya menghidap beberapa penyakit.

Iklan
Iklan

Namun, Nor Admira berkata, kasih sayang mengatasi segalanya dan dia sanggup melakukan apa sahaja demi permata hatinya itu.

Menurutnya, disebabkan Muhamamd Ayden Adrian Muhammad Idris yang mesra dipanggil Ayden tidak mempunyai lubang dubur, dia terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut kirinya bagi memudahkan bayi itu membuang najis.

Iklan

Katanya, lebih memilukan apabila Ayden turut disahkan oleh doktor menghidap jantung berlubang, namun bersyukur tidak sukar untuk menjaganya biarpun tidak seperti bayi normal lain.

Nor Admira menunjukkan bahagian perut Muhammad Ayden Adrian yang pernah menjalani pembedahan untuk membuang najis di rumahnya di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam pada Jumaat.

"Sebagai ibu saya sedih melihat keadaannya yang terpaksa menanggung derita di saat masih kecil.

Iklan

"Namun saya percaya ada hikmah di sebalik ujian ini dan berharap kami suami isteri kuat untuk membesarkan Ayden," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Sutera Wangi Batu Berendam, di sini, pada Jumaat.

Tambahnya, walaupun baharu mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun adakalanya wang tidak mencukupi untuk menanggung perbelanjaan anaknya itu termasuk susu dan lampin pakai buang memandang suami hanya bekerja di kedai makan dengan gaji harian RM45 hingga RM50 sehari.

Dia yang menumpang di rumah ibu bapanya turut bersyukur kerana ahli keluarga banyak memberikan semangat untuknya dan suami tabah membesarkan anugerah ALLAH SWT.

"Doktor maklumkan anak kami perlu menjalani pembedahan membuat lubang dubur pada Disember depan, namun mereka belum memaklumkan kos pembedahan yang perlu disediakan," ujarnya.

Kisah sedih ini turut mendapat perhatian Pejabat Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee yang turun padang menyampaikan sumbangan.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0412341100018794 atas nama ibunya Nor Admira, Earna Marlan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!