Berbeza kaum tetapi kongsi satu azam sama

Iklan
Dari kiri: Raahull, Yew Kin dan Irfan Mustaqim selesa berkawan walaupun berlainan bangsa dan budaya.

Iklan
Iklan

JOHOR BAHRU – Tiga sekawan dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersetuju berada dalam masyarakat majmuk di negara ini merupakan anugerah tidak ternilai.

Malah, tiga sahabat itu juga berharap keunikan yang ada diharap berterusan dalam usaha menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

Iklan

IRFAN MUSTAQIM

Bagi penuntut tahun akhir FKM, Irfan Mustaqim Ahmad Zaini, 23, semangat kebersamaan antara masyarakat berbilang kaum di negara perlu dipupuk di peringkat awal usia.

Iklan

"Bohonglah kalau kata tak ada unsur perkauman berlaku di negara kita tetapi sebenarnya hanya segelintir sahaja.

Ketiga-tiga sahabat ini selesa berbincang dan belajar bersama-sama ketika menuntut di UTM, Skudai.

"Mungkin lepas ni perlu ada lebih banyak program melibatkan penyertaan pelbagai kaum,” katanya yang berasal dari Puchong, Selangor.

RAAHULL

Rakan Irfan, K Raahull, 22, turut sependapat apabila tiada masalah bergaul dengan rakan berbeza kaum kerana sejak kecil bersekolah di sekolah aliran kebangsaan di Johor Bahru.

"Dari kecil rakan sekolah saya majoritinya Melayu memang sangat ‘welcoming’, begitu juga cikgu di sekolah.

"Kami sebagai kaum minoriti di sekolah tak pernah dipinggirkan. Contohnya apabila ada sebarang majlis atau program, kami akan dilibatkan bersama dengan pelajar lain.

"Bila di UTM pula, saya lihat perkara ini berterusan termasuk mengenali ramai kawan baharu dari Sarawak dan Sabah termasuk penuntut luar negara,” katanya.

YEW KIN

Sementara itu, anak kelahiran Ipoh, Perak, Wong Yew Kin, 23, memaklumkan tidak pernah melihat ada jurang perbezaan antara mereka biarpun berlainan bangsa dan agama.

Menurutnya, sehingga hari ini dia berasa selesa bergaul bersama rakan daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

"Masa di sekolah rendah, saya bersekolah di sekolah aliran Cina tetapi berpindah ke sekolah menengah dengan pelajar berbilang kaum.

"Saya seronok bergaul dengan rakan berbilang kaum termasuk mengingati peniaga Melayu di kantin sekolah yang selalu ‘belanja’ saya makan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!