Perlis tetap teguh di belakang Muhyiddin
Iklan
KANGAR - Bersatu Perlis menyatakan sokongan penuh kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai pemimpin nombor satu pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada September depan.
Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, parti berkenaan masih mengharapkan sentuhan bekas Perdana Menteri itu untuk terus memimpin Bersatu yang telah menjangkau usia lapan tahun.