Jojo tewas di ONE 167

Iklan
Johan sudah melakukan yang terbaik sebelum tewas kepada Tan Duy di ONE 167 sebentar tadi. Foto Agensi

SENSASI muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar gagal melebarkan rekod kemenangannya di One Championship kepada 6-0 selepas tewas bermaruah kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Biar pun tewas, Johan berjaya menampilkan aksi garang dan menghiburkan sepanjang pertarungan tiga pusingan Flyweight itu.

Iklan
Iklan

Tran Duy, 35, menang menerusi keputusan sebulat suara hakim.

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.

Iklan

Berdasarkan rekod kemenangan 5-0 termasuk empat menerusi kiraan knockout (KO) sepanjang saingan musim lalu, Johan turut diangkat sebagai Bintang Muda Paling Menyerlah 2023 oleh ONE Championship.

Paling diingati, Johan hanya memerlukan 36 saat menumbangkan juara Muay Thai WBC dari Mexico, Edgar Tabares pada Disember lalu.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!