Lima tokan dadah ditahan
Iklan
Antara dadah yang dirampas dalam serbuan petang semalam. Dadah yang siap dibungkus kecil dipercayai dipasarkan di sekitar kawasan Penaga.
KEPALA BATAS - Lima tokan dadah termasuk seorang wanita ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah SPU, Asistem Komisioner Noorzainy berkata, serbuan Op Tapis di sebuah rumah di Jalan Lahar Bubu, Permatang Buluh di sini pada jam 4 petang itu menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 27 hingga 53 tahun.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil pemeriksaan di rumah terbabit menemui 353 gram dadah jenis heroin dan 1.5 gram syabu.
"Siasatan awal mendapati dadah itu untuk dijual di sekitar kawasan Penaga selain disimpan bagi kegunaan sendiri.
Iklan
"Ujian saringan air kencing yang dilakukan juga mendapati kesemua suspek positif dadah jenis morphine dan methamphetamine," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Ketua Polis Daerah SPU, Asistem Komisioner Noorzainy
Sementara itu, Noorzainy berkata, dua lelaki yang bekerja sebagai buruh ditahan bersama 40.2 gram heroin dan 0.8 gram syabu yang siap dibungkus di sebuah rumah di Jalan Pokok Sena di sini pada jam 3 petang semalam.
Iklan
Beliau berkata, dadah itu didapati untuk diedarkan sekitar kawasan Penaga dan suspek sudah mempunyai pelanggan tetap.
"Kesemua dadah yang dirampas dalam kedua-dua kes ini dianggarkan bernilai RM19,500 dan semua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut," katanya.
Katanya, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik berterusan secara agresif ke atas pengedar dadah di daerah ini.
Dalam pada itu, beliau juga mengharapkan kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam