PUTRAJAYA - Satu garis panduan akan diperkenalkan bagi permohonan baharu untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), antaranya mengandungi pelaksanaan sistem demerit, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka garis panduan itu yang dijangka dikeluarkan Jun ini.