KUANTAN - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menahan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana disyaki masuk dan bekerja di negara ini secara haram hasil serbuan ke atas beberapa premis sekitar daerah ini pada Jumaat.
JIM Pahang dalam kenyataan melalui Facebook rasminya memaklumkan, sepanjang operasi Ops Selera dan Ops Gegar itu, seramai 65 individu diperiksa dan 30 daripadanya ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Menurut kenyataan itu, PATI yang ditahan berusia 22 hingga 51 tahun terdiri 14 warga Thailand, Bangladesh (8), Pakistan (4), Vietnam (2), India(1) dan Sri Lanka (1).