Anggota TLDM maut digilis pacuan empat roda

Iklan
Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut digilis kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Pularek, Pengerang, di sini malam tadi. Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut digilis kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Pularek, Pengerang, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora dalam kenyataan berkata, Laskar Muhammad Akimie Razali, 24, yang bertugas di Tanjung Pengelih itu cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggang mangsa dengan Toyota Hilux itu kira-kira jam 8.40 malam.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang ke kem terlanggar anjing melintas, dia kemudiannya tercampak di atas jalan raya sebelum digilis oleh pacuan empat roda terbabit, dalam keadaan gelap tanpa lampu jalan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan,” katanya.

Iklan

Menurut Hussin, pemandu Toyota Hilux yang berusia 22 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!