Bekas CEO direman salah guna wang syarikat RM7,000

Iklan
Suspek (tengah) ketika di Mahkamah Pontian.

KULAI - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di Senai ditahan reman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis ke atas satu kes penyelewengan wang syarikat tahun lalu.

Perintah tahanan reman itu diperoleh selepas pihak polis menahan suspek susulan satu laporan yang dibuat oleh Pengurus Kewangan syarikat terbabit pada 3 Januari 2024

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan polis berkenaan, suspek disyaki telah melakukan salah guna wang syarikat berjumlah keseluruhan RM7,000 pada tahun lalu.

Menurut laporan polis itu lagi, suspek didakwa melakukan dua kali pengeluaran wang menggunakan cek syarikat masing-masing berjumlah RM3,500 sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Iklan

Susulan itu pihak syarikat telah melakukan Perbicaraan Siasatan Domestik namun suspek difahamkan tidak hadir. Justeru, wakil syarikat berkenaan telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kulai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh wakil syarikat berkenaan.

Iklan

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan suspek kini direman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!