PLUS aktifkan laluan kontra di Putrajaya-Elite bagi kerja penurapan

Iklan
PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 10 hingga 12 Jun ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan kontra di laluan antara Putrajaya ke Plaza Tol Putrajaya (Lingkaran Putrajaya) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) pada 10 hingga 12 Jun ini.

PLUS dalam kenyataan memaklumkan pengaktifan laluan kontra melibatkan KM P3.3 hingga KM P1.9 itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan jalan dilaksanakan.

Iklan
Iklan

"Masa bagi kerja-kerja penurapan pada Isnin (10 Jun) bermula dari jam 9 malam hingga 5.30 pagi 11 Jun dan akan bersambung pada 9 malam hari Selasa hingga 5.30 pagi 12 Jun (Rabu),” menurut kenyataan itu.

PLUS turut memaklumkan pengguna lebuh raya dari Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Puchong boleh menggunakan pusingan-U sebelum Plaza Tol Putrajaya.

Iklan

Sementara itu, pengguna lebuh raya dari Puchong menghala ke Plaza Tol Putrajaya boleh menggunakan pusingan-U di Persimpangan Jalan Puchong-Jalan SP2 (bersebelahan Korean School of Malaysia) sebagai laluan alternatif sepanjang tempoh tersebut,” menurut kenyataan itu.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan sepanjang tempoh itu, selain mematuhi papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan PLUS ketika melalui kawasan kerja terbabit.

Iklan

"Dapatkan maklumat trafik terkini menerusi X@plustrafik, Aplikasi PLUS atau Chatbot PUTRI. Sila hubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” menurut syarikat pengendali lebuh raya itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!