40 hektar kebun sawit musnah, pekebun rugi jutaan ringgit

Iklan
Kebakaran lebih 40 hektar ladang sawit di Kampung Bukit Jeruk di sini ekoran musim panas sejak awal Mei lepas, mengakibatkan kerugian jutaan ringgi kepada pekebun. Foto Bernama

JERTIH - Kebakaran lebih 40 hektar ladang sawit di Kampung Bukit Jeruk di sini ekoran musim panas sejak awal Mei lepas, mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada pekebun.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Jeruk, Mohd Rukmi Mat Ghani berkata, tanah gambut menyebabkan api sukar dipadam sepenuhnya kerana bara api masih berada di dalam tanah dan terus merebak terutama ke permukaan tanah kering.

Iklan
Iklan

"Api boleh menyala dengan tiba-tiba sekali gus membakar pokok sawit namun cuaca hujan sekali sekali sejak kebelakangan ini dapat membantu mengawalnya dari terus merebak. Bagaimanapun, banyak tempat yang masih kelihatan berasap,” katanya kepada Bernama, pada Sabtu.

Tanah gambut menyebabkan api sukar dipadam sepenuhnya kerana bara api masih berada di dalam tanah dan terus merebak terutama ke permukaan tanah kering. Foto Bernama

Mohd Rukmi berkata, akibat kejadian itu, banyak pokok sawit dilaporkan tumbang akibat terbakar pada bahagian pangkal dan akar.

Iklan

Beliau berkata, lebih merumitkan keadaan adalah apabila sebahagian besar pemilik ladang sawit di situ tinggal di pelbagai lokasi lain di daerah berkenaan.

Pekerja ladang mengumpul sawit daripada ladang yang terbakar di Kampung Bukit Jeruk, ketika tinjauan pada Sabtu. Foto Bernama

Kebakaran itu katanya, menyebabkan mereka hilang punca pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan dalam sekelip mata.

Iklan

Pihaknya justeru berharap ada bantuan untuk pekebun yang terjejas susulan kejadian itu daripada kerajaan, khususnya bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada hasil kebun sawit.

Bulan lepas, pihak bomba dilaporkan telah berusaha memadam kebakaran di kawasan terbabit namun berdepan kesukaran disebabkan faktor tanah dan muka bumi. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!