SJKC Poay Chai di Taman Bukit Indah beroperasi 23 Jun

Iklan
Ka Siong mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C) Poay Chai yang baharu siap dibina di Taman Bukit Indah, pada Sabtu.

ISKANDAR PUTERI - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, di sini dijangka beroperasi di bangunan baharu pada 23 Jun ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perpindahan SJKC yang diusahakan MCA itu kerana masalah ketiadaan murid di Singkir dan keperluan mendesak di Bukit Indah.

Iklan
Iklan

"SJKC Poay Chai di Bukit Indah ini akan memberi kelebihan kepada murid-murid yang tinggal di kawasan berdekatan kerana sebelum ini ada ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka sejauh 15 kilometer untuk sehala perjalanan ke SJKC.

"Bukit Indah menjadi tempat untuk dipindahkan SJKC Poay Chai kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada penduduk setempat," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat sekolah berkenaan pada Sabtu.

Iklan
Tambah Ka Siong, fasa pertama kemasukan akan melibatkan lebih 200 murid dengan sesi pembelajaran dijalankan di 11 kelas serta pelbagai kemudahan lain.

Beliau berkata, SJKC Poay Chai dipindahkan ke lokasi baharu atas beberapa faktor antaranya disebabkan masalah kekurangan murid di lokasi sedia ada.

SJKC Poay Chai di Singkir, Kedah yang dipindahkan ke lokasi baharu di Taman Bukit Indah, di sini dijangka beroperasi di bangunan baharu pada 23 Jun ini.

"Lebih 200 murid yang akan memulakan sesi persekolahan di bangunan baharu ini terdiri daripada murid dari 11 SJKC berdekatan Taman Bukit Indah," katanya.

Iklan

Katanya, pembinaan sekolah baharu itu dapat menampung kemasukan murid di kawasan berdekatan dan jumlah kemasukan dijangka meningkat hingga 1,000 orang pada masa akan datang.

Sementara itu, Ketua Wanita MCA, Wong You Fong berkata, fasa kedua SJKC Poay Chai itu akan mengambil masa antara lapan sehingga 10 bulan dengan tiga bangunan dan 12 bilik darjah.

Beliau yang juga Ketua Wanita MCA Johor berkata, kos pembinaan untuk fasa kedua itu menelan kos RM4 juta daripada KPM.

KPM pada 2017 mengumumkan meluluskan permohonan pemindahan lokasi enam SJKC iaitu SJKC Poay Chai, Singkir, Kedah yang dipindahkan ke Taman Bukit Indah, Johor dan SJKC Poi Min, Gopeng, Perak ke SJKC Poi Min, Puchong Selangor.

Turut dipindahkan ialah SJKC Aik Hua Taiping, Perak ke SJKC Aik Hua, Kota Seriemas Negeri Sembilan dan SJKC Ladang Regent Gemencheh, Negeri Sembilan ke SJKC Ladang Regent, Bandar Elmina Selangor dengan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) akan mengemukakan nama baharu bagi menggambarkan lokaliti sebenar selepas sekolah dipindahkan ke tapak baharu.

Pemindahan itu disebabkan beberapa faktor termasuk sekolah mempunyai enrolmen yang semakin berkurangan disebabkan migrasi penduduk, sekolah tidak selamat diduduki, pengambilan tanah oleh pemilik serta sekolah yang padat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!