KPWKM teliti ujian psikometrik secara tahunan kepada pengasuh taska

Iklan
Nancy beramah mesra bersama petugas dari Kementerian Kesihatan pada Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia dan Hari Denggi ASEAN 2024 di Rumah Panjang Kampung Pueh, Sematan pada Sabtu. Foto Bernama

SEMATAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti keperluan menjalankan ujian penilaian psikometrik secara tahunan kepada pengusaha dan pengasuh taska berdaftar, kata Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, dengan mengemas kini keputusan ujian psikometrik, ia membolehkan pihaknya mengetahui tahap kesihatan terkini pekerja bidang taska, khususnya kesihatan mental mereka yang menjadi antara aspek penting dalam mengendalikan golongan kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Dalam pada kita nak naik taraf sistem, kita juga menyeru kepada mereka yang hendak menghantar anak supaya semak dahulu sama ada taska itu berdaftar atau tidak di bawah kementerian sebelum menghantar anak mereka ke situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Siri Satu dan Sambutan Hari Denggi Asean Bahagian Kuching di Kampung Pueh di sini pada Sabtu.

Iklan

Ujian psikometrik dijalankan sebagai instrumen mengukur personaliti, kesihatan dan kesejahteraan diri, kompetensi emosi serta pengurusan konflik bagi mengukur kemampuan calon dalam memastikan prestasi baik dalam pekerjaan.

Di Malaysia, penilaian psikometrik diwajibkan hanya sekali sebagai ujian peringkat kemasukan kepada golongan yang mahu terlibat dalam bidang taska.

Iklan

Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Siri Satu itu bertujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif kepada warga penduduk di kawasan berkenaan.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Opar Billy Sujang dan ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!