Imigresen Sabah hantar pulang 153 pendatang Indonesia
Iklan
Seramai 153 PATI dihantar ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia pada Jumaat.
Sinar Harian
08 Jun 2024 5:04 pm
TAWAU - Seramai 153 pendatang asing tanpa izin warganegara Indonesia yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen di Tawau dihantar ke negara asal melalui Pelabuhan Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka, Indonesia pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun membabitkan 123 lelaki, 25 wanita serta seorang kanak-kanak yang menaiki Feri Purnama Express.
Iklan
Iklan
"Ini merupakan program pemindahan pendatang asing tanpa izin siri ke-10 bagi kategori usir melalui laut bagi tahun 2024, mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 serta Peraturan Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Proses pemindahan itu melibatkan tahanan berumur antara 6 hingga 66 tahun yang menaiki Feri Purnama Express.
Menurutnya, program pemindahan warganegara Indonesia itu dilaksanakan dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu serta Konsul Republik Indonesia di Tawau.
Iklan
Sh Sitti Saleha berkata, pihaknya akan meneruskan operasi penguatkuasaan, selain pemindahan pendatang asing tanpa izin yang selesai menjalani proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!