Majikan tawar bonus RM258 seminggu jika turun berat badan 500g

Iklan
Kakitangan syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzen, wilayah Guandong melancarkan inisiatif pelansingan badan pada awal tahun lalu. Agensi

BEIJING - Sebuah syarikat teknologi China telah memperuntukkan 1 juta yuan (RM657,000) kepada kakitangannya yang berjaya menurunkan berat badan.

Syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzen, wilayah Guandong melancarkan inisiatif pelansingan badan pada awal tahun lalu.

Iklan
Iklan

Sejak itu, seramai 150 pekerja mengambil bahagian dalam program ini dan berjaya mengurangkan 800 kilogram (kg) berat pekerja dan pemberian bonus keseluruhan sebanyak 980,000 yuan (RM643,000).

Jika pekerja itu berjaya menurunkan berat badan sebanyak 500 gram, mereka akan diberi bonus 400 yuan (RM258) setiap minggu.

Iklan

Jika mana-mana ahli kumpulan bertambah berat maka tiada siapa yang mendapat bonus, sebaliknya akan didenda 500 yuan (RM323).

Difahamkan sejak program itu dilaksanakan, tiada sesiapa pun 'gagal' menurunkan berat badan sejak ia berlangsung tiga bulan lalu. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!