KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Azman Hassan atau dikenal dengan panggilan Bob Kelana Jaya, seorang aktivis awal era reformasi yang kini menghidap penyakit buah pinggang tahap empat.
Menerusi catatan di Facebook pada Sabtu, Perdana Menteri berkata, sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi baru-baru ini untuk membantu urusan harian dan perubatan Bob.