Bekas wartawan hiburan terkenal Huzz Huzaini meninggal dunia

Iklan
Huzz
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas wartawan hiburan terkenal, Huzz atau nama sebenar Kamal Huzaini Kamaludin menghembuskan nafas terakhir jam 6.10 petang pada Sabtu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Nur-ul Afida Kamaludin menerusi siaran di platform media sosial Facebook.

"Dukacita dimaklumkan kekanda kami, Kamal Huzaini Kamaludin atau Huzz meninggal dunia pada jam 6.10 petang 8 Jun 2024,” katanya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bertam.

Berita tersebut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi Huzz pada 21 Mei lalu.

Iklan

Allahyarham juga popular ketika era 80-an dan 90-an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia hiburan artis tanah air.

Pengalaman paling menarik Allahyarham adalah dia berjaya mengesan kisah cinta penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin

Iklan

dan mendedahkan artis tersebut berkawan dengan seorang usahawan dikenali dengan nama Datuk K.

Hasil penulisan berkenaan menyebabkan panggilan Datuk K yang merujuk kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kekal sinonim sehingga kini.

Allahyarham juga pernah menyertai Kumpulan Media Karangkraf dan bertugas bagi majalah Media Hiburan.

Allahyarham turut sertai Utusan Melayu (M) Berhad sebagai wartawan majalah URTV dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Majalah Mangga.

Jawatan terakhir Huzz yang berkhidmad di Utusan Melayu ialah sebagai Pengarang URTV sebelum bersara sepenuhnya selepas syarikat berkenaan menutup operasi pada 2019.

Selain itu, Allahyarham juga merupakan penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul Keangkuhan Mu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!