Cabul pesakit: Doktor dilepas dengan jaminan polis

Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan seorang doktor pada Rabu susulan menerima laporan yang dibuat remaja itu pada jam 9.14 malam.

PARIT - Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, Selasa lalu, dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya selama tiga hari berakhir pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Kita telah rakam percakapan doktor tersebut, mangsa dan beberapa individu lain. Siasatan kes masih diteruskan.

"Kes berkenaan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut sebaik sahaja siasatan dilengkapkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis menahan seorang doktor pada Rabu susulan menerima laporan yang dibuat remaja itu pada jam 9.14 malam.

Mangsa mengatakan diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital di sini.

Iklan

Kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!