Kompenan BN perlu bangkit - Zambry

Iklan
Zambry ( empat dari kanan) memotong kek sebagai simbolik menutup Konvensyen BN Johor, di Persada Johor pada Sabtu.

JOHOR BAHRU - Keyakinan dan keazaman tinggi perlu dibina setiap parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan gabungan itu terus teguh mendepani cabaran sekali gus diyakini rakyat.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, bagi tujuan itu setiap kelemahan dan kesilapan perlu dikenal pasti seterusnya diperbetulkan dengan segera.

Iklan
Iklan

"Bagi memastikan kebangkitan semula gabungan BN, kita kena ada semangat saling membantu antara parti komponen begitu juga Friends of BN.

"Percayalah dalam setiap perjuangan ada pasang surutnya tetapi tak bermakna (hayat) sesebuah parti yang ditubuhkan itu akan berakhir. Dalam politik jangan cepat kecewa dan lari dari perjuangan," katanya ketika menutup Konvensyen BN Johor, di Persada Johor pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi MCA Johor, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Naib Pengerusi BN dan Pengerusi MIC Johor, R Vidyananthan.

"Siapa yang sangka Parti Kongres India berjaya bangkit semula dalam pilihan raya di India baru-baru ini selepas kejatuhan teruk parti itu.

Iklan

"Begitu juga GOLKAR yang berjaya bangkit semula dalam pilihan raya di Indonesia baru-baru ini dan berjaya menguasai 14 provinsi selepas kejatuhan mereka.

"Perjalanan dua parti ini sama dengan BN. Jika Parti Kongres India dan GOLKAR mampu bangkit semula dengan bergaya, tidak mustahil BN juga akan berjaya jika kita berusaha gigih," katanya.

Zambry yang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memuji penganjuran Konvensyen BN Johor yang berjaya mengumpul kehadiran lebih 1,500 ahli gabungan itu.

"Ia adalah perkembangan yang baik sekali. Kehadiran yang begitu baik ini dan melihat semangat setiap peserta dan pimpinan negeri yang beri komitmen tak berbelah bahagi, memberi isyarat BN akan bangkit selepas ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!