Dua wanita maut nahas MPV, lori

Iklan
Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam MPV di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands pada Sabtu. Foto: ihsan Bomba Perak

IPOH - Dua wanita dilaporkan maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza dinaiki mereka terlibat dalam nahas di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun dipercayai pemandu MPV terbabit mengalami cedera parah manakala dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan empat tahun pula dilaporkan cedera.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat diterima pada jam 11.39 pagi melibatkan MPV dinaiki lima mangsa dan lori muatan tayar.

Menurut beliau, sepasukan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah diatur gerak ke lokasi kejadian.

Nahas membabitkan MPV dan lori mengorbankan dua wanita pada Sabtu. Foto: ihsan Bomba Perak

Iklan

"Bagaimanapun kedua-dua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 1.15 tengah hari.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!