Himpunan Aman Mahasiswa Tolak Israel

Iklan
Seramai 100 mahasiswa yang menyertai Himpunan Aman Mahasiswa Tolak Israel oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia berdekatan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak hari ini.

Beberapa negara dan pertubuhan global telah mengutuk serangan udara Israel ke atas tapak perkhemahan di bandar paling selatan Gaza; Rafah yang menempatkan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.