IPOH -"Sekolah yang lepas saya pakai baju lama saja, ayah tak cukup duit nak beli baju baru."
Itu luahan Muhd Syafiq Mohd Sharie, 10, seorang daripada 80 murid yang terpilih menerima bantuan kelengkapan persekolahan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) menerusi program 'Jom To School With BSN', semalam.
Muhd Syafiq berkata, dia memahami kekangan ayahnya yang bekerja sebagai pemandu lori dalam menyediakan keperluan sekolah untuk mereka empat beradik.
Dia kini gembira apabila diberi peluang memilih kelengkapan baru untuk sesi persekolahan tahun depan.
"Seronok dan saya jadi lebih semangat nak sekolah tahun depan," katanya.
Seorang lagi penerima, Iqbal Rifqi Ramli, 8, mengakui sudah lama teringin menyertai program seperti ini kerana dapat membantu meringankan beban keluarga.

Iqbal Rifqi gembira terpilih menyertai 'Jom To School With BSN'.