50 tahun penubuhan BN
Iklan
BERMULA daripada parti Perikatan yang ditubuhkan pada 1952 (didaftar pada 1957), Perikatan dibubarkan pada Januari 1973 untuk membolehkan Barisan Nasional (BN) didaftar secara rasmi pada 1 Jun 1974 (ada menulis menyatakan pelancaran pada 7 Julai di Seremban, Negeri Sembilan dan neraca ilham Allahyarham Tun Ghafar Baba).
Tahun ini genap 50 tahun penubuhannya. BN kini dianggotai empat parti – UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) walaupun ada 14 parti komponen di dalam gabungan besar itu termasuk Pas dan Gerakan pada suatu masa.