Perjalanan kes Zayn Rayyan masih jauh lagi

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KES melibatkan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang dilaporkan meninggal dunia pada 6 Disember tahun lalu masih lagi hangat diperkatakan susulan kedua ibu bapanya ditahan reman bagi membantu siasatan polis.

Pada Sabtu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan bahawa percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa Zayn Rayyan antara sebab penahanan kedua mereka dibuat untuk siasatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, di atas faktor tersebut pihaknya memohon penyambungan tempoh reman selama enam hari ke atas ibu bapa mangsa pada Jumaat bagi melengkapkan kertas siasatan.

Jelas Huseein, masih terlalu awal pihaknya untuk memaklumkan apa yang akan berlaku (pertuduhan di mahkamah).

Iklan

Pastinya kenyataan pihak polis berhubung kes tersebut menunjukkan bahawa perjalanan mereka masih jauh lagi dalam merungkai misteri di sebalik kejadian yang menimpa Zayn Rayyan.

Dijangkakan insiden kekecohan yang berlaku di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat mungkin boleh berulang susulan spekulasi yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak.

Iklan

Namun, peguam, Mohd Ridwan Talib pada Sabtu berkata, reman merupakan sebahagian daripada proses siasatan dalam sesuatu kes jenayah yang dijalankan pihak polis sebelum dituduh di mahkamah.

Menurutnya, reman bukanlah perbicaraan kerana ia merupakan satu prosedur yang perlu dilaksanakan dalam siasatan kes jenayah.

Apa yang pasti, perjalanan kes Zayn Rayyan masih jauh lagi, namun sebagai rakyat, meletakkan kepercayaan terhadap siasatan pihak berkuasa adalah penting.

Melakukan kekecohan atau menimbulkan pelbagai spekulasi tidak membantu, sebaliknya boleh merumitkan lagi proses siasatan yang dilakukan oleh pihak polis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!