Guru tegas, pentingkan disiplin faktor Kasthuri hantar empat anak ke SJKC

Iklan
Yogendran (kiri) sangat menyukai bahasa Mandarin dan tidak mempunyai masalah untuk bertutur dalam bahasa itu.

SHAH ALAM - Keputusan ibu berbangsa India, M Kasthuri menghantar empat anaknya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) adalah langkah tepat kerana menyedari kualiti guru-guru di sekolah berkenaan dalam mendidik dan membentuk sahsiah murid.

Menurut Kasthuri, mengambil contoh saudara-mara dan rakan suami yang berbangsa Cina berjaya menjadi peguam, doktor, jurutera dan ahli perniagaan, ia menjadi faktor dia membuat keputusan untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya bersetuju dengan keputusan suami menghantar anak-anak ke SJKC dan menyedari bahawa guru-guru di sana tegas dan mementingkan disiplin,” katanya.

Kasthuri

Anak Kasthuri, B Yogendran, 11, yang berada Tahun Lima di SJKC Kg Merbau berkata, dia mampu menguasai bahasa Mandarin ketika Tahun Dua kerana adik beradiknya kerap berkomunikasi dalam bahasa itu di rumah.

Iklan

"Keputusan ujian Bahasa Cina saya tidak begitu baik, tetapi tidak mempunyai masalah untuk berbahasa Mandarin kerana saya sangat menyukai bahasa ini.

"Selepas ini, saya akan pergi ke Sekolah Menengah Aida Hua Hua sama seperti abang dan kakak saya,” ujarnya.

Iklan

Seorang lagi anak Kasthuri, B Mona, 8, yang berada di Tahun Dua di sekolah sama turut menyatakan bahawa kekerapan bercakap dalam bahasa Mandarin dengan adik-beradiknya banyak membantunya menguasai dan fasih berbahasa Mandarin.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!