Tapah dibuai sajak
Iklan
TAPAH tersohor dengan Tok Tua Sakti dan wallago attu nama saintifik bagi ikan tapah. Namun tiada kena mengena mitos di Lambor; Pak Kadok dengan ikan tapahnya.
Sering ditafsir sejarah kemunculan pekan Tapah berkait Pak Kadok berlaga ayam dan wallago attu yang muncah di sungai Batang Padang, Tapah walhal jarak waktu kejadian di antara dua mitos itu berbeza - Pak Kadok berlaga ayam di Lambor sekitar kurun ke-16 Masihi manakala pekan Tapah dipercayai dibuka pada awal abad ke-19 malah kedua-dua protagonis; Pak Kadok dan Tok Tua Sakti bukan orang yang sama meskipun kedua-duanya berasal dari negeri Andalas.