Allahyarham Musa letak asas kukuh pengajian sains perubatan, kejuruteraan - USM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) menzahirkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad yang meninggal dunia akibat kanser darah malam ini.

USM dalam kenyataan memaklumkan, jasa dan sumbangan bekas Naib Canselor USM itu dalam bidang pendidikan amat besar terutama kepada universiti berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut USM, sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor dari 1982 hingga 1995, Musa telah menyumbang kepada pembangunan fizikal dan akademik termasuk meletakkan asas kukuh dalam pengajian sains perubatan dan kejuruteraan.

"Perpindahan Pusat Pengajian Sains Perubatan dari Kampus Induk USM ke Kubang Kerian Kelantan dan pembangunan pengajian Kejuruteraan termasuk Kejuruteraan Aeroangkasa juga berlaku ketika Allahyarham sebagai Naib Canselor USM.

Iklan

"Ketika menjadi Menteri Pendidikan pada 1999 hingga 2004, Allahyarham bertanggungjawab dengan penubuhan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM di Bertam,” menurut kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Menteri Pendidikan Musa Mohamad meninggal dunia

Musa, 81, menghembuskan nafas terakhir pada 7.12 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya akibat kanser darah Mieloma berbilang.

Anak jati Bagan Datuk, Perak itu merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari 1999 hingga 2004.

Iklan

Selain pernah berkhidmat di USM, Musa turut memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari 2001 hingga 2003 dan merupakan bekas Pengerusi Multimedia University dan Pengerusi Majlis Universti UCSI. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!